Thursday 17 September 2015

Vitamin C Sustained Release Shaklee


Salam Hari Jerebu my fellow readers. hihi.
Heningnya hari ni hujan pagi-pagi lagi.
Semoga jerebu cepat hilang.

Jerebu-jerebu ni, elok banyakkan minum air putih dan makanlah Vitamin C.
Kenapa Vitamin C?
ha ni yang saya nak cerita.


FAKTA

Vitamin C adalah salah satu zat dalam badan yang popular untuk mengekalkan sistem immunisasi dan keanjalan kulit. Lazimnya kite dengar ianya terdapat dalam buah oren.

Vitamin C dalam badan kita akan hilang hari demi hari secara natural dek kerana aktiviti harian kita. Kadar kehilangan nya adalah lebih lagi sekiranya anda adalah perokok tegar.

Vitamin C tidak dapat dijana sendiri oleh badan. Maka dengan itu, pengambilan harian melalui buah-buahan, sayur dan viitamin tambahan adalah sangat perlu.


KEISTIMEWAAN VITAMIN C

  • Baik untuk imunisasi dan daya tahan badan 
  • Mengurangkan simptom demam
  • Mengatasi masalah jerawat degil
  • Mengatasi masalah jerawat pasir dan nasi 
  • Membantu kulit sensitif seperti eczema, resdung
  • Membantu penghasilan kolagen dalam tubuh 
  • Mengurangkan kesan "sunburn"
  • Menjadikan kulit lebih gebu
  • Melembapkan kulit dari dalam
  • Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan 
  • Tona kulit menjadi lebih sekata
  • Mengurangkan penyakit selsema
  • Melindungi badan daripada radikal bebas
  • Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka
  • Merendahkan tekanan darah tinggi
  • Memastikan saluran darah mengembang dengan baik
  • Mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membantu kelihatan lebih muda
  • Merendahkan paras insulin
  • Mengimbangkan sistem dalam badan
  • Membantu penghasilan dopatime dalam sistem saraf
  • Membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan
  • Menghalang terkena serangan jantung
  • Mengawal komplikasi diabetes
  • Mengawal kelemumur
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Menghasilkan rambut yang lebat
  • Mengelak daripada uban


ADA LAGI?
Ya. Ada. 

LAGI KEISTIMEWAAN VITAMIN C

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

Vitamin C penting dalam proses Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit SKURVI adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller,dos yang dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu bersamaan 7.5 biji Oren. 

TAHUKAH ANDA SHAKLEE menghasilkan Vitamin C Sustained Released dgn berat 500mg setiap tablet.



Ini bermakna 1 BIJI VITAMIN C SHAKLEE bersamaan 7 biji buah Oren.
Mampukan anda mengambil 7.5 biji buah oren sehari secara konsisten?




Vitamin C selalunya dikaitkan dengan buah oren, Selain dari oren, vitamin C juga boleh didapati dari buah-buahan lain juga seperti anggur, epal dan belimbing dan sebahagian jenis sayur. 


PERBEZAAN VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE dengan Vitamin C jenama lain.

Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara ‘Sustained Release’ atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.
Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.
Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.



Hubungi kami untuk mencuba Vitamin C hebat ini!

Salam Sihat Tanpa Kompromi,

Your Shaklee Independent Distributor
@roseshaklee  019-6449038

Being Beautifully Healthy!

No comments:

Post a Comment