Monday 21 September 2015

14 RAHSIA HIDUP CERIA DI UMUR 50 TAHUN!

14 RAHSIA HIDUP CERIA DI UMUR 50 TAHUN!



Berapakah umur anda sekarang dan apakah yang anda sedang buat?
Sudah terbayang bagaimana hidup anda ketika berumur 50 tahun?

Hoooophhh. Jauh lagila. Jangan la kasik stress hehehe

Di bawah ini mungkin perkara-perkara yang boleh anda buat SEKARANG untuk hidup ceria diambang 50 tahun nanti!


1. JANGAN MEROKOK
Selain membahayakan kesihatan, merokok hanya akan membuat anda cepat tua. Hisap dan hembus memang nampak cool. Tapi cuba bayangkan cool tak bila anda tercungap2 naik tangga bila dah tua nanti.

2. JAGA KULIT
Kulit adalah bahagian tubuh yang paling besar. Disebabkan itu, bahagian ini adalah bahagian yang paling jelas hasil kesan faktor usia. Jaga dan belai sebaiknya.
Rajin2 cuci muka dan makan makanan yang sesuai untuk pertumbuhan kulit yang bagus.

3. BERHENTI MAKAN MAKANAN TIDAK SIHAT
Makanan segera, makanan ringan dan air berkarbonat adalah antara makanan yang tidak bagus untuk kesihatan. Tinggalkan makanan2 itu sekarang dan mula kan tabiat makan sihat. Pergi pasar dan belajar penuhkan dapur kita dengan buah-buahan, sayur-sayur, susu rendah lemak dan seumpamanya. Bila dah terbiasa rumah dipenuhi makanan2 ini, nak latih anak makan sihat pon senang.

4. RAJIN BERSENAM
Badan kita akan menjadi semakin aktif apabila kite bersenam. Apabila aktif, ia akan memberi respon pada kesihatan, bentuk badan, jadual harian kita yang padat, pemikiran, dan seluruh kehidupan. Bersenam umpama penjana hari2 yang indah. Mula bersenam sekarang sebelum anda meningkat usia. Nanti tak larat!

5. JAGA HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA, ADIK-BERADIK DAN KAWAN-KAWAN.
Hidup berseorangan tanpa sesiapa di sisi adalah BOSAN. Jangan hiraukan perangai mereka yang berbagai ragam. Perangai awak pon tak berape nak molek kadang-kadang. Bertolak ansurlah dan hargai perbezaan. Kita tak tau bila masa kita susah dan memerlukan pertolongan mereka. Dan setiap kali mereka membuat anda terguris, cuba bayangkan berapa banyak kali pulak mereka dah berbuat baik kepada anda. Mesti ada!  Paling penting adalah ibu bapa kita. Doa dan restu mereka tulah yang buat kita masih diri kita yang sekarang. Cuba bayangkan awak beraya sorang2. Hew hew hew.

6. SAYANGI DIRI ANDA.
Jangan sesekali membandingkan diri anda dgn orang lain. Mana kan sama. Kita dijadikan unik pada diri kita sendiri. Semua orang ada potensi masing-masing. BUKAN TAK ADA, CUMA TAK JUMPA. So, keluar dari tempurung itu sekarang dan carilah potensi diri awak, Mula sayangi diri anda sendiri dengan membisikkan kata-kata positif setiap hari.

7. MUHASABAH MASA LEPAS
Masa yang lepas jgn dikenang. Eh tapi kadang-kadang kene kenangkan tau hihi. Bukan untuk dilalui semula tetapi untuk dimuhasabah, dicari di mana kekurangannya dan diperbetulkan sekarang. Kita 5, 10 tahun yang lepas tak sama dgn hari ini.  Maka berterima kasihlah kerana kita diberi kesempatan untuk perbetulkan segala kesilapan lampau.

8. BANYAKKAN MEMBERI
Tak kira lah harta ke, nasihat ke, hatta senyuman. Beri apa saja yang termampu. Kerana ini akan membuat kan anda gembira dan kekal positif. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak lagi orang beri kembali kepada anda. Percayalah!

9. MULA MENYIMPAN WALAU SIKIT
Hadkan perbelanjaan bulanan anda. Sebelum anda peruntukkan perbelanjaan, ambil sedikit untuk simpanan. JANGAN GUNA. RM10 pon mungkin kita perlukan di masa hadapan.

10. BELAJAR ILMU SELAIN YANG DIBELAJAR DI SEKOLAH MAHUPUN DI UNIVERSITI.
Di usia muda, otak kita mudah menerima pembelajaran dengan cekap. Cubalah berlajar ilmu lain selain yang sudah kita pelajari. Cthnya di universiti anda belajar Undang-undang, cuba belajar pulak bidang Fotografi.  Atau di kolej anda belajar bidang Pengurusan, sekarang cuba belajar bidang Jahitan dan Masakan. Mesti best!

11. JANGAN BERTANGGUH CAPAI IMPIAN
Impian kita mungkin memerlukan kekuatan fizikal. Apa yang anda nak buat, BUAT SEKARANG! Jangan tunggu2. Anda mungkin sedang membazir masa. Rasa mcm tak tercapai? KENAPA TIDAK? Allah beri kita kuasa berdoa. GUNAKAN!

12. BANYAKKAN BERJALAN DAN MENGEMBARA
Lebih banyak anda berjalan, lebih banyak anda jumpa. Simpan sedikit wang untuk backpacking. Berjalan la mane nak. Cari ilmu tentang pengembaraan dan cuba mengembara! Gunakan darah muda awak ni untuk cuba aktiviti2 yang tak pernah awak buat. Hidup anda akan menjadi lebih warna-warni!

13. SIMPAN GAMBAR KENANGAN
Gunakan handphone canggih anda tu untuk kumpul memori waktu muda. Ambil gambar dan simpan. Nak best, cuci dan letak dalam album. Dibelakang setiap gambar tu, tuliskan tarikh hari, di mana anda berada, event apa, dengan siapa. Gambar2 ini pastinya sangat manis untuk dikenang lagi 20-30 tahun akan datang!

14. BELI ASET
Menabung dan mula kumpul aset anda. Pilih la aset yang stabil nilainya seperti hartanah. Ia pasti sangat berbaloi untuk anda di masa hadapan. Ini lah gunanya gaji awak penat2 kerja tu.

No comments:

Post a Comment