Friday 18 September 2015

Sudahkah kita minum secukupnya?

KENAPA AIR PUTIH SANGAT PENTING UNTUK BADAN ?



Kerana air merupakan komponen terpenting dalam badan kita. Merangkumi 60% dalam komposisi tubuh badan manusia, kekurangannya pasti menyukarkan jentera-jentera di dalam bekerja secara efisien.



Air sebagaimana zat natural yang lain, mudah terhilang kerana proses NYAHIDRAT.
Kita menggunakan tenaga ( yang dijana sebahagiannya oleh air) untuk melakukan aktiviti harian. Dengan ini badan mudah ternyahhidrat.

Selain itu seperti yang kita tau, air bertugas sebagai PELINCIR.
Kekurangan pelincir akan membantutkan, mengesatkan  dan melambatkan perjalanan sesuatu proses.


KEPENTINGAN AIR

Agen Penting Penghadaman / Penyahtosikan
- Air sangat penting untuk mengangkut toksin dan bahan buangan keluar dari badan kita. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan sembelit dan kegemukkan.

Untuk mengawal suhu badan
- Suhu badan manusia sentiasa berubah mengikut keadaan kesihatan tubuh badan, cuaca, dan aktiviti yang dilakukan. Maka air diperlukan untuk mengekalkan paras suhu yang sesuai dengan badan.

Sebagai Pelincir Sendi
- Dalam tubuh kita, ligamen mengikat sendi tulang untuk memastikan tulang berada dalam keadaan stabil. Di dalam ligamen pula mengandungi cecair yang membolehkan sendi kita mudah bergerak. Disebabkan itu, air diperlukan untuk menghasilkan cecair ini dan memastikan ianya sentiasa cukup utk pergerakan sendi yang lancar.

Menaikkan metabolisma badan
- Metabolisma ialah proses penukaran makanan yang kita ambil kepada tenaga. Mereka yang makan banyak tapi berat badan susah nak naik adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi dan mereka yang makan sikit tapi susah untuk munurunkan berat badan adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah. Antara faktor untuk mengekalkan metabolisme badan tinggi adalah dengan mengambil air putih dengan secukupnya. Ha ini orang yang nak turun kan berat badan mesti suka!

Sebagai pengangkut nutrien
- Air penting untuk membawa zat dari makanan yang kita makan ke serata tubuh badan.

Oksigen untuk pernafasan
- Air mengandungi oksigen yang diperlukan dalam proses pernafasan. Kerana itu kita selalu perasan orang yang nak pitam atau pengsan diberikan air putih secepatnya. Minum air putih sekiranya anda mengalami pening kepala atau sesak nafas.

Jom ikut tips ini!



SUDAHKAH KITA MINUM SECUKUPNYA

Kadar keperluan air mengikut berat badan. Anda boleh ikit carta ini untuk memastikan anda minum cukup.


KESAN KEKURANGAN AIR


1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.

4. Tekanan darah menurun.

5. Mudah rasa mengantuk.

6. Lesu pada waktu siang.

7. Sakit belakang.

8. Dehidrasi.

9. Sakit kepala.

10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.

11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.

13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.

14. Meningkatkan keinginan untuk makan.

15. Darah menjadi lebih pekat, berisiko mendapat darah tinggi.

16. Mudah keliru.

17. Degupan jantung semakin meningkat.

18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.

19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.

21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.

22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.

23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.

24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.


*Credit info Kesan Kekurangan Air kepada :
http://seribupilihan.blogspot.my/2013/02/kesan-kekurangan-air-putih-terhadap.html

Jadi, sudahkah anda minum secukupnya?

Salam Sihat Tanpa Kompromi,

Your Shaklee Independent Distributor
@roseshaklee  019-6449038
Being Beautifully Healthy!

No comments:

Post a Comment