Friday 16 October 2015

SHAKLEE HQ SUNWAY PINNACLE

Salam Hari Jumaat untuk semua Muslim.
Hari ni saya nak share ngan awak orang pasal Shaklee HQ yang baru ni.
Untuk makluman anda yang belum tau, 
Shaklee HQ bukan lagi berada di EMPIRE SHOPPING GALLERY SUBANG JAYA tu. 
Sekarang dah pindah ke tempat yang lebih besar di SUNWAY PINNACLE. 


Bangunan die sebelah dengan SUNWAY PIRAMID dan SUNWAY LAGOON. Bangunan kaler BIRU ni tau. 
Kalau uoll ade WAZE, search SUNWAY PINNACLE. Senang je die guide. 
Shaklee berada di tingkat 9 yeh!



Orait. Komen saya tentang tempat baru ni.. emm....emm..
MACAM BARU MASUK OPIS BARU!
best gila!

Sangat selesa, sangat cantik dan sangat customer friendly. 

Nah saya share beberapa bahagian menarik dalam ni yeh. 



Masuk2, nila pandangan paling menarik heheh. Sampai saya berangan nak buat rumah nnti, belah depan tu cenggini. Ahahaha.



Ni bahagian kaunter. Ade berapa kaunter semua saya lupa nak kira. Sangat convenient dan sangat wangi. LOL hehe.
Memandangkan saya tidak bekerja, saya biasa pergi waktu office hour. Pepagi lagi saya dah menapak ke sini. Memang lengang takde orang. Memang best!




Ni ruang informasi produk. So siapa yang tak pernah tengak mana-mana produk, boleh la ngeteh2 kat sini. 





Ni pulak pandangan main area dia. Saya paling suka aturan meja dan kerusi discussion ni. Boleh la kite duduk berbincang sambil tunggu giliran. Kalau anda pergi time saya pergi ni mmg tak ramai orang. So dudukla nak duduk mana pon. Bosan duduk sini, pegi duduk sana pulak. 
Kalau pergi time weekend jgn risau. Sbb diorang dah sediakan tempat duduk byk. So takdelah uoll kene berdiri tunggu giliran. 



Ni pulak meeting room. Ade 2 tak silap. Dan saya rasa die open jugak untuk public. Untuk leaders discuss ngan anak2 buah. Haa best kan? 
Tak payah ade office, Shaklee dah sediakan!






Ha lepas tu kan, dekat sini diorang sediakan laptops untuk kegunaan public. So takyah risau data handphone uoll habis data. Sudut ni bagi saya saaangat bagus. Sangat membantu. 



Ha lagi satu yang interesting, kepada WAHM atau WAHD jgn risau. Kat sini ade mini playground kalau uoll bawak anak. Letak diorang biar ralit main kat sini, mama papa boleh continue shopping.
Waaa best! 




Oww ade jugak sofa2 empuk dan exclusive untuk uoll! 



Pandangan dari sofa empuk. Ahhhhh penat2 shopping, layan pemandangan menarik dulu kasik hilang stress kan. Cume time ni jerebu sikit hew hew.



Lastly, nah saya share pemandangan saya masa nak pegi toilet ahahaha. 


Sekian review saya. 
Nanti kalau uoll pegi sana nak beli barang tapi takde ID,
uoll sebut je ID saya 1076748 ROSE HAZIRA HASSAN. 
Dah boleh beli!

Orait Bye! 
Kalau ade bahagian baru, saya update ok! 
^^,


Salam Sihat Tanpa Kompromi,

Your Shaklee Independent Distributor
@roseshaklee  019-6449038

Being Beautifully Healthy!









Thursday 15 October 2015

TAK SUKA MINUM SUSU? AMBILLAH OSTEMATRIX!

TAK SUKA MINUM SUSU? 





Susu adalah sumber kalsium untuk pembentukan tulang, gigi, kuku dan rambut yang sihat.
Macam kat iklan tu, minum 2 gelas susu sehari dan dapatkan tulang kuat tahap besi!
*ok over*

Tapi masalahnya, saya tak suka minum susu. Nanti muntah. 
Saya memang lactose intolerance. Perut saya tak boleh terima susu.
Saya tak biasa minum susu. Last sekali minum masa kecik-kecik dulu. 

PENGUMUMAN!

Berita baik kepada anda yang tidak suka/ tidak boleh minum susu!

Tahukah anda SHAKLEE mempunyai 1 produk yang bernama OSTEMATRIX.
Baca lebih lanjut tentang Ostematrix di entry saya yang lepas.

Setiap tablet OSTEMATRIK Shaklee mengandungi 250mg KALSIUM. Ambil 4 tablet ostematrix setiap hari sebelum tidur untuk menggantikan 2 gelas susu sehari.

Di bawah ini adalah jadual keperluan kalsium dalam tubuh.


UsiaCadangan pengambilan (mg)
0 – 6 bulan200 mg
Bayi 7 – 12 bulan260 mg
Kanak-kanak 1 – 3 tahun700 mg
Kanak-kanak 4 – 8 tahun1.000 mg
Kanak-kanak 9 – 13 tahun1.300 mg
Remaja 14 – 18 tahun1.300 mg
Dewasa 19 – 50 tahun1.000 mg
Dewasa 51 – 70 tahun (lelaki)1.000 mg
Dewasa 51 – 70 tahun (wanita)1.200 mg
Dewasa 71 tahun ke atas1.200 mg
Remaja hamil dan menyusu1.300 mg
Dewasa hamil dan menyusu1.000 mg

Sekiranya anda dewasa berumur dalam lingkungan 19 tahun sehingga 70 tahun, anda memerlukan 1000mg kalsium sehari. Ini bersamaan 4 tablet Ostematrix tadi.


Hah macammana rasa bila ada alternatif untuk dapatkan kalsium ?
best ke best ?
hehehe.




Whatsapp saya untuk mencuba Ostematix hari ini !

Salam Sihat Tanpa Kompromi,

Your Shaklee Independent Distributor
@roseshaklee  019-6449038

Being Beautifully Healthy!






Saturday 26 September 2015

RESIPI POPIA GORENG RANGUP

RESIPI POPIA GORENG RANGUP KRUP KRUP


Pertama sekali jom buat inti nye dulu. 

(Untuk penyediaan 40 biji popia)

Sedia kan :
2 ketul dada ayam - didadu
10 batang Kacang panjang - dihiris nipis
 2 biji Carrot - disagat
1 kg taugeh



Cara memasak inti popia 

Ricih dan tumis garing :

4 ulas bawang putih
4 biji bawang kecik, 
1 labu bawang besar 
Segenggam udang kering yg telah dibasuh dan ditumbuk. 

Masukkan ayam dan kacang panjang dahulu, biar ayam masak. 
Kemudian masukkan carrot 
dan seterusnya taugeh

Kacau biar masak. 
Perasakan garam dan sedikit gula.




Ok inti dah siap!
Angkat ke bekas bersesuaian dan dibiarkan sejuk. 




Sementara inti sejuk, jom buat sos popia pula.

Cara penyediaan sos popia

Kisarkan sekali gus :

8 biji cili merah
5 ulas bawang putih
6 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Sedikit air (ikut nak pekat mana)


Masukkan sos yang dah dikisar tadi ke dalam kuali/periuk. 
Bukak api dan masakkan tanpa minyak. 

Perasakan dgn gula melaka, garam dan gula pasir. 

Biarkan masak/gelegak lama sikit, tutup api.
Keluarkan ke bekas yang sesuai dan dibiarkan sejuk.





Ok masa untuk menggulung!

Sedia kan sepeket kulit popia yg mengandungi 40 keping. Bukak satu2. 

Tips 1: Nak bagi kulit popia tak cepat kering, 
lepas bukak sehelai2 tu letak towel basah atas die. 
Towel basah akan beri kelembapan pada kulit popia. 


Tips 2 : Untuk dapatkan popia yang rangup, gulung popia panjang2!
Rangup krup2 baq hang!

Letak sedikit inti pada kulit popia dan gulungkan panjang2. 
Lekat kan dengan secalit telur. 
Gulung semua dan letakkan dalam bekas bertutup. 
Masukkan dalam freezer. Dah siap!

Nak makan, amek sikit, gorengkan dalam minyak panas.
Bukak api kecik je jgn beso2 tau.

Last sekali, hidangkan bersama sos pencicah tadi.
Walllah!


Nyum nyummmmmmmmmm





Monday 21 September 2015

14 RAHSIA HIDUP CERIA DI UMUR 50 TAHUN!

14 RAHSIA HIDUP CERIA DI UMUR 50 TAHUN!



Berapakah umur anda sekarang dan apakah yang anda sedang buat?
Sudah terbayang bagaimana hidup anda ketika berumur 50 tahun?

Hoooophhh. Jauh lagila. Jangan la kasik stress hehehe

Di bawah ini mungkin perkara-perkara yang boleh anda buat SEKARANG untuk hidup ceria diambang 50 tahun nanti!


1. JANGAN MEROKOK
Selain membahayakan kesihatan, merokok hanya akan membuat anda cepat tua. Hisap dan hembus memang nampak cool. Tapi cuba bayangkan cool tak bila anda tercungap2 naik tangga bila dah tua nanti.

2. JAGA KULIT
Kulit adalah bahagian tubuh yang paling besar. Disebabkan itu, bahagian ini adalah bahagian yang paling jelas hasil kesan faktor usia. Jaga dan belai sebaiknya.
Rajin2 cuci muka dan makan makanan yang sesuai untuk pertumbuhan kulit yang bagus.

3. BERHENTI MAKAN MAKANAN TIDAK SIHAT
Makanan segera, makanan ringan dan air berkarbonat adalah antara makanan yang tidak bagus untuk kesihatan. Tinggalkan makanan2 itu sekarang dan mula kan tabiat makan sihat. Pergi pasar dan belajar penuhkan dapur kita dengan buah-buahan, sayur-sayur, susu rendah lemak dan seumpamanya. Bila dah terbiasa rumah dipenuhi makanan2 ini, nak latih anak makan sihat pon senang.

4. RAJIN BERSENAM
Badan kita akan menjadi semakin aktif apabila kite bersenam. Apabila aktif, ia akan memberi respon pada kesihatan, bentuk badan, jadual harian kita yang padat, pemikiran, dan seluruh kehidupan. Bersenam umpama penjana hari2 yang indah. Mula bersenam sekarang sebelum anda meningkat usia. Nanti tak larat!

5. JAGA HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA, ADIK-BERADIK DAN KAWAN-KAWAN.
Hidup berseorangan tanpa sesiapa di sisi adalah BOSAN. Jangan hiraukan perangai mereka yang berbagai ragam. Perangai awak pon tak berape nak molek kadang-kadang. Bertolak ansurlah dan hargai perbezaan. Kita tak tau bila masa kita susah dan memerlukan pertolongan mereka. Dan setiap kali mereka membuat anda terguris, cuba bayangkan berapa banyak kali pulak mereka dah berbuat baik kepada anda. Mesti ada!  Paling penting adalah ibu bapa kita. Doa dan restu mereka tulah yang buat kita masih diri kita yang sekarang. Cuba bayangkan awak beraya sorang2. Hew hew hew.

6. SAYANGI DIRI ANDA.
Jangan sesekali membandingkan diri anda dgn orang lain. Mana kan sama. Kita dijadikan unik pada diri kita sendiri. Semua orang ada potensi masing-masing. BUKAN TAK ADA, CUMA TAK JUMPA. So, keluar dari tempurung itu sekarang dan carilah potensi diri awak, Mula sayangi diri anda sendiri dengan membisikkan kata-kata positif setiap hari.

7. MUHASABAH MASA LEPAS
Masa yang lepas jgn dikenang. Eh tapi kadang-kadang kene kenangkan tau hihi. Bukan untuk dilalui semula tetapi untuk dimuhasabah, dicari di mana kekurangannya dan diperbetulkan sekarang. Kita 5, 10 tahun yang lepas tak sama dgn hari ini.  Maka berterima kasihlah kerana kita diberi kesempatan untuk perbetulkan segala kesilapan lampau.

8. BANYAKKAN MEMBERI
Tak kira lah harta ke, nasihat ke, hatta senyuman. Beri apa saja yang termampu. Kerana ini akan membuat kan anda gembira dan kekal positif. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak lagi orang beri kembali kepada anda. Percayalah!

9. MULA MENYIMPAN WALAU SIKIT
Hadkan perbelanjaan bulanan anda. Sebelum anda peruntukkan perbelanjaan, ambil sedikit untuk simpanan. JANGAN GUNA. RM10 pon mungkin kita perlukan di masa hadapan.

10. BELAJAR ILMU SELAIN YANG DIBELAJAR DI SEKOLAH MAHUPUN DI UNIVERSITI.
Di usia muda, otak kita mudah menerima pembelajaran dengan cekap. Cubalah berlajar ilmu lain selain yang sudah kita pelajari. Cthnya di universiti anda belajar Undang-undang, cuba belajar pulak bidang Fotografi.  Atau di kolej anda belajar bidang Pengurusan, sekarang cuba belajar bidang Jahitan dan Masakan. Mesti best!

11. JANGAN BERTANGGUH CAPAI IMPIAN
Impian kita mungkin memerlukan kekuatan fizikal. Apa yang anda nak buat, BUAT SEKARANG! Jangan tunggu2. Anda mungkin sedang membazir masa. Rasa mcm tak tercapai? KENAPA TIDAK? Allah beri kita kuasa berdoa. GUNAKAN!

12. BANYAKKAN BERJALAN DAN MENGEMBARA
Lebih banyak anda berjalan, lebih banyak anda jumpa. Simpan sedikit wang untuk backpacking. Berjalan la mane nak. Cari ilmu tentang pengembaraan dan cuba mengembara! Gunakan darah muda awak ni untuk cuba aktiviti2 yang tak pernah awak buat. Hidup anda akan menjadi lebih warna-warni!

13. SIMPAN GAMBAR KENANGAN
Gunakan handphone canggih anda tu untuk kumpul memori waktu muda. Ambil gambar dan simpan. Nak best, cuci dan letak dalam album. Dibelakang setiap gambar tu, tuliskan tarikh hari, di mana anda berada, event apa, dengan siapa. Gambar2 ini pastinya sangat manis untuk dikenang lagi 20-30 tahun akan datang!

14. BELI ASET
Menabung dan mula kumpul aset anda. Pilih la aset yang stabil nilainya seperti hartanah. Ia pasti sangat berbaloi untuk anda di masa hadapan. Ini lah gunanya gaji awak penat2 kerja tu.

Friday 18 September 2015

Sudahkah kita minum secukupnya?

KENAPA AIR PUTIH SANGAT PENTING UNTUK BADAN ?



Kerana air merupakan komponen terpenting dalam badan kita. Merangkumi 60% dalam komposisi tubuh badan manusia, kekurangannya pasti menyukarkan jentera-jentera di dalam bekerja secara efisien.



Air sebagaimana zat natural yang lain, mudah terhilang kerana proses NYAHIDRAT.
Kita menggunakan tenaga ( yang dijana sebahagiannya oleh air) untuk melakukan aktiviti harian. Dengan ini badan mudah ternyahhidrat.

Selain itu seperti yang kita tau, air bertugas sebagai PELINCIR.
Kekurangan pelincir akan membantutkan, mengesatkan  dan melambatkan perjalanan sesuatu proses.


KEPENTINGAN AIR

Agen Penting Penghadaman / Penyahtosikan
- Air sangat penting untuk mengangkut toksin dan bahan buangan keluar dari badan kita. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan sembelit dan kegemukkan.

Untuk mengawal suhu badan
- Suhu badan manusia sentiasa berubah mengikut keadaan kesihatan tubuh badan, cuaca, dan aktiviti yang dilakukan. Maka air diperlukan untuk mengekalkan paras suhu yang sesuai dengan badan.

Sebagai Pelincir Sendi
- Dalam tubuh kita, ligamen mengikat sendi tulang untuk memastikan tulang berada dalam keadaan stabil. Di dalam ligamen pula mengandungi cecair yang membolehkan sendi kita mudah bergerak. Disebabkan itu, air diperlukan untuk menghasilkan cecair ini dan memastikan ianya sentiasa cukup utk pergerakan sendi yang lancar.

Menaikkan metabolisma badan
- Metabolisma ialah proses penukaran makanan yang kita ambil kepada tenaga. Mereka yang makan banyak tapi berat badan susah nak naik adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi dan mereka yang makan sikit tapi susah untuk munurunkan berat badan adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah. Antara faktor untuk mengekalkan metabolisme badan tinggi adalah dengan mengambil air putih dengan secukupnya. Ha ini orang yang nak turun kan berat badan mesti suka!

Sebagai pengangkut nutrien
- Air penting untuk membawa zat dari makanan yang kita makan ke serata tubuh badan.

Oksigen untuk pernafasan
- Air mengandungi oksigen yang diperlukan dalam proses pernafasan. Kerana itu kita selalu perasan orang yang nak pitam atau pengsan diberikan air putih secepatnya. Minum air putih sekiranya anda mengalami pening kepala atau sesak nafas.

Jom ikut tips ini!



SUDAHKAH KITA MINUM SECUKUPNYA

Kadar keperluan air mengikut berat badan. Anda boleh ikit carta ini untuk memastikan anda minum cukup.


KESAN KEKURANGAN AIR


1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.

4. Tekanan darah menurun.

5. Mudah rasa mengantuk.

6. Lesu pada waktu siang.

7. Sakit belakang.

8. Dehidrasi.

9. Sakit kepala.

10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.

11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.

13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.

14. Meningkatkan keinginan untuk makan.

15. Darah menjadi lebih pekat, berisiko mendapat darah tinggi.

16. Mudah keliru.

17. Degupan jantung semakin meningkat.

18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.

19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.

21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.

22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.

23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.

24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.


*Credit info Kesan Kekurangan Air kepada :
http://seribupilihan.blogspot.my/2013/02/kesan-kekurangan-air-putih-terhadap.html

Jadi, sudahkah anda minum secukupnya?

Salam Sihat Tanpa Kompromi,

Your Shaklee Independent Distributor
@roseshaklee  019-6449038
Being Beautifully Healthy!

Thursday 17 September 2015

Vitamin C Sustained Release Shaklee


Salam Hari Jerebu my fellow readers. hihi.
Heningnya hari ni hujan pagi-pagi lagi.
Semoga jerebu cepat hilang.

Jerebu-jerebu ni, elok banyakkan minum air putih dan makanlah Vitamin C.
Kenapa Vitamin C?
ha ni yang saya nak cerita.


FAKTA

Vitamin C adalah salah satu zat dalam badan yang popular untuk mengekalkan sistem immunisasi dan keanjalan kulit. Lazimnya kite dengar ianya terdapat dalam buah oren.

Vitamin C dalam badan kita akan hilang hari demi hari secara natural dek kerana aktiviti harian kita. Kadar kehilangan nya adalah lebih lagi sekiranya anda adalah perokok tegar.

Vitamin C tidak dapat dijana sendiri oleh badan. Maka dengan itu, pengambilan harian melalui buah-buahan, sayur dan viitamin tambahan adalah sangat perlu.


KEISTIMEWAAN VITAMIN C

  • Baik untuk imunisasi dan daya tahan badan 
  • Mengurangkan simptom demam
  • Mengatasi masalah jerawat degil
  • Mengatasi masalah jerawat pasir dan nasi 
  • Membantu kulit sensitif seperti eczema, resdung
  • Membantu penghasilan kolagen dalam tubuh 
  • Mengurangkan kesan "sunburn"
  • Menjadikan kulit lebih gebu
  • Melembapkan kulit dari dalam
  • Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan 
  • Tona kulit menjadi lebih sekata
  • Mengurangkan penyakit selsema
  • Melindungi badan daripada radikal bebas
  • Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka
  • Merendahkan tekanan darah tinggi
  • Memastikan saluran darah mengembang dengan baik
  • Mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membantu kelihatan lebih muda
  • Merendahkan paras insulin
  • Mengimbangkan sistem dalam badan
  • Membantu penghasilan dopatime dalam sistem saraf
  • Membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan
  • Menghalang terkena serangan jantung
  • Mengawal komplikasi diabetes
  • Mengawal kelemumur
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Menghasilkan rambut yang lebat
  • Mengelak daripada uban


ADA LAGI?
Ya. Ada. 

LAGI KEISTIMEWAAN VITAMIN C

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

Vitamin C penting dalam proses Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit SKURVI adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller,dos yang dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu bersamaan 7.5 biji Oren. 

TAHUKAH ANDA SHAKLEE menghasilkan Vitamin C Sustained Released dgn berat 500mg setiap tablet.



Ini bermakna 1 BIJI VITAMIN C SHAKLEE bersamaan 7 biji buah Oren.
Mampukan anda mengambil 7.5 biji buah oren sehari secara konsisten?




Vitamin C selalunya dikaitkan dengan buah oren, Selain dari oren, vitamin C juga boleh didapati dari buah-buahan lain juga seperti anggur, epal dan belimbing dan sebahagian jenis sayur. 


PERBEZAAN VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE dengan Vitamin C jenama lain.

Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara ‘Sustained Release’ atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.
Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.
Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.



Hubungi kami untuk mencuba Vitamin C hebat ini!

Salam Sihat Tanpa Kompromi,

Your Shaklee Independent Distributor
@roseshaklee  019-6449038

Being Beautifully Healthy!

Tuesday 15 September 2015

Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Dilema Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Masa saya nak terjun ke dunia bisnes, inilah soalan yang ligat berputar dalam kepala saya siang malam.
Ade terpikir macam saya?
Dilema tahap 7 langit. Kalah pening pilih jodoh *amboi-amboi*
Nak buat bisnes sendiri memang impian saya dah lama.
Tapi sayang pulak nak tinggal kerjaya stabil. Yelah dah berabis belajar kan.

Saya dulu belajar akaun. Akauntan bertauliah memang cita-cita.
Dah pernah pon kerja sebagai Juruaudit (antara salah satu cabang kerjaya akauntan).
Tapi tuntutan kerja agak ketat. Kerja tak tentu masa lagi2 waktu peak period. Sape auditor die taula hehe. Memang takde masa. Sampai mak saya bersuara mintak berhenti.
Sebab setiap masa saya dengan laptop. Nak balik kampung kenduri kendara pon tak dan.

So, rasa macam tak kena.

Pindah kerja jadi Akauntan Syarikat. Alhamdulillah better. Masa untuk diri sendiri makin banyak. Dan yang paling best, kat sinilah saya jumpe husband saya *ihik ihik*

TAPI, impian nak ade bisnes tu tetap menebal.
Saya minat kek dan fesyen muslimah. Saya buat bisnes part time sambil kerja.
Semata2 sebab minat berbisnes dan nak tambah pengalaman.
Sampai 1 masa, saya terjumpe SHAKLEE. Ha ni macam cerita saya haritu.

Godek punya godek, rasa macam best pulak Shaklee ni. Lagipon mmg saya makan. So saya tau produk2 Shaklee memang bagus.
Saya pon register jadi member. Bermula dari situ, kawan-kawan yang mana tau saya ni ahli, tumpang beli vitamin.
Tumpang punya tumpang jadi banyak order.
Makin lama makin seronok. Lagi2 dengar kawan-kawan saya kata :

"eh rose bagus la Shaklee yang aku beli aritu. hilang resdung aku " 

"rose aku kan amek alfalfa ngan lecithin kat ko aritu kan, turun wehhh "

"rose ESP NI bagus gila. Alhamdulillah susu aku jadi banyak. Kenyang si adik."

So saya pon terusla jadikan Shaklee sebagai bisnes part time sambil kerja.
Hari makin hari makin banyak permintaan.  Dalam hati cakap, Shaklee ni boleh pegi jauh. Sebab produk nya bagus.
Maka bermulalah fasa brainstorming saya nak pilih nak terus kerja atau berhenti, buat bisnes sepenuh masa.

Antara yang saya buat, saya listkan pro and cons  Makan Gaji vs Kerja Sendiri macam kat bawah ni supaya saya boleh nampak dengan lebih jelas :



Ha, Alhamdulillah memang saya boleh nampak lebih jelas dan boleh buat keputusan.
Pada pendapat saya personally, samada makan gaji atau kerja sendiri, dua-dua pon ok.

Cuma, kalau anda punyai impian menebal nak buat bisnes, anda boleh cuba mengorak langkah sekarang sedikit demi sedikit.
Mungkin boleh cuba buat bisnes yang kurang risikonya seperti Shaklee.

Untuk anda yang sedang dilema, cuba tips ni.
Selain itu, jangan lupa Solat Istikharah ok.



Hubungi saya untuk penerangan lanjut mengenai bisnes simple tapi best Shaklee ^^,

Salam Sihat Tanpa Kompromi,

Your Shaklee Independent Distributor
@roseshaklee  019-6449038



Being Beautifully Healthy!